Novel Kuimpikan Bahagia 10
10
Kenapalah suaminya itu datang semula ketika dia sudah menyediakan
tiket perjalanan dan segala-galanya untuk sebuah perjalanan yang jauh dan agak
lama itu. Dia sudah berkira-kira untuk tidak akan kembali lagi ke negerinya ini selagi pengajiannya tidak tamat.
Mampukah Nuha Qarina? Apatah lagi dengan pujuk rayu
lelaki yang memegang gelaran suami itu tidak pernah berhenti datang ke rumahnya
ini. Namun, dia terpaksa menolak pelawaan lelaki itu demi untuk tidak
mengecewakan banyak pihak dalam hal ini. Dia tidak mahu bakal isteri mudanya
akan sakit hati dengan tindakannya keluar berdua-duaan dengan lelaki itu.
“Apakah yang kau fikirkan Nuha? Macam ada sesuatu yang
berat pula kau fikirkan? Ada
apa-apa ya?” soal Kartika tiba-tiba. Dia menutup matanya hendak melupakan
lelaki itu. namun, siapalah dia hendak melupakan lelaki yang telah mencuri
hatinya ini.
“Tak ada apa-apa Ika. Tapi, saya ni memang hari-hari
fikirkan sesuatu yang berat! Maklumlah, kan !
Saya… saya sedang mengemaskan barang-barang dan dokumen penting ni! Takut ada
lagi yang terlupa, takut Ika juga yang susah nanti!” kata Nuha Qarina perlahan.
“Buat apa Ika nak susah hati. Kalau ada barang ynag
tinggal nanti Ika hantar ke kondo Ika tu, apa yang susah!” kata Kartika
bergurau. Dia tergugat dengan jawapan itu. kartika tidak sepatutnya berbuat
demikian. Kondominum itu banyak menyakiti hatinya. Dia tidak mahu ke sana lagi.
“Hiss, janganlah macam tu Ika. Ika kan janji tak akan beritahu dia, tolonglah
Ika. Kau saja sahabat aku dalam dunia ni!”
“Tapi, takkan dia tak mahu tahu ke mana kau pergi? Tentu
dia akan sibuk bertanya dengan mak kau kan ?”
Nuha Qarina mengangkat bahunya. Dia tidak betah membayangkan kalau-kalau lelaki
itu berusaha lebih untuk menjejaki dirinya nanti. Dia benar-benar takut pula
jadinya. Kalaulah lelaki itu tidak datang semula dalam hidupnya, alangkah
baiknya!
“Janganlah sangka yang bukan-bukan Ika. Aku tak mahu dia
tahu ke mana aku! Dia kan
sudah isteri kedua, aku ngeri kalau dia tahu lagi ke mana aku pergi! Aku
kasihankan isteri mudanya tu. Aku tak mahu isterinya menjadi macam aku, terbiar
dan terluka!” kata Nuha Qarina lantas menyapu air mata yang menuruni matanya.
Dia sebenarnya tidak kuat hendak menghadapi keruntuhan
rumahtangga yang sekelip mata itu. namun, kepada siapa dia mengadu? Hanya
kepada Allah dan sahabatnya yang mengerti. Orang lain yang mengetahuinya hanya
memandang tanpa emosi.
“Eh, eh Nuha dapat hadiah pula. Dari siapa tu?” soal
Kartika lagi. Nuha Qarina memandang ke atas mejanya. Dia terlupa menyimpan
hadiah yang masih berbungkus di dalam kotak yang berbalut cantik itu.
“Entah, siapakah manusia yang malang memberikan hadiah tu! Saya tak dapat
nak menerimanya! Awak ambillah kalau mahu!” kata Nuha Qarina perlahan.
“Boleh tak kalau Ika yang tolong bukakan? Aku tak mahu
ambil hadiah ni, ni tentu istimewa dari seorang kekasih yang merindui
kekasihnya, buat apa aku nak ambil!” soal Kartika perlahan. dia masuk ke bilik Nuha
Qarina dan duduk di birai katil.
“Bukalah! Bukannya ada apa-apa tu! Aku malas nak fikir
fasal benda tu!” katanya perlahan. dokumen perjalanan dimasukkan kembali ke
dalam sampul surat .
Baju-baju yang berselerakan di atas katil itu dipandangnya sahaja. Kartika
terpaksa mengenepikan kain-kain yang berjejeran di atas katil itu untuk memberi
ruang kepadanya untuk duduk.
“Eh, betulkah ni? Ni tentu benda berharga tau!” kata
Kartika lagi. pandangan Nuha Qarina kosong. Apa-apa sahaja pemberian lelaki
bernama Aliff Safwan itu tidak lagi
menjadi kegembiraannya. Dia sudah menamatkan kegembiraan dan apa sahaja
perasaannya kepada lelaki itu.
“Tak apapun! Bukalah! Mari kita sama-sama lihat apakah
yang di dalamnya!” kata Nuha Qarina sambil ketawa, seolah-olah hadiah tersebut
bukan untuk dirinya. Bungkusan hadiah yang cantik itu sudah berada di tangan
Kartika. Dulu, sebelum dia berkahwin dengan lelaki itu, menjadi kegilaannya
menanti apakah pemberian Aliff Safwan setiap kali balik dari berurusan di luar
negeri. Kini, segalanya sudah normal dan perasaan itu hilang sama sekali.
“Jangan-jangan, ia barang berharga tak?” kata Kartika
lagi. Nuha Qarina ingin menangis apabila disebut barang berharga. Dia
menggelengkan kepalanya.
“Mana ada berharga. Sedangkan Nuha pun dibuang. Inikah
pula barang-barang macam ni! Tak ada nilainya kepada lelaki itu barang-barang
macam ni!” kata Nuha Qarina bagaikan merajuk dalam kata-katanya. Kartika
memandang ke anak matanya. Kartika tahu ada kekusutan di wajahnya.
“Mesti berharga. Kalau tak, mana dia bersusah payah
mencari Nuha di sini! Mungkin dah lama dia cari Nuha! Mungkin hari tu dia hanya
nak menguji keikhlasan Nuha mencintainya tak?” kata Kartika lagi. dia
menyambung lagi. “Jangan-jangan, dia sudah lama mengintai Nuha di sini!” kata
Kartika lagi meneka. Nuha Qarina mengangkat bahunya.
“Aku tak tahu. Apa yang aku tahu, aku nak berangkat
lusa. Yang aku tahu, esok ada jamuan makan malam di Promanade dengan Beatrice
dan sahabat yang lain. Yang aku tahu, aku sudah tidak ada apa-apa hubungan
dengan dia. Yang aku tahu, aku akan terbang jauh dari bumi Sabah
ini! Yang aku tahu, aku nak berjauhan
dengan dunia Aliff Safwan dan kekasihnya! Yang aku tahu, aku nak menatap semula
buku-buku pelajaran macam dulu!” katanya perlahan. dia terasa jauh hati sekali
sejak akhir-akhir ini. Ah, dia memang sudah lama jauh hati.
“Baiklah kalau macam tu, kita buka hadiah ni. Kita nak
lihat apakah barang yang ada di dalamnya!” kata Kartika lagi. Nuha Qarina
menganggukkan kepalanya. Tangan Kartika lincah menarik jalinan reben yang
mengikat hadiah itu.
“Wow! Ini tentu mahal ni! Ya Allah, Nuha, berlian satu
set. Rantai berlian, gelang, anting-anting dan cincin berlian! Ya Allah
segala-galanya berlian! Untungnya kau Nuha dapat suami kaya macam tu! Lebih
cantik lagi bentuknya berbanding set berlian yang kau dapat sewaktu hari
pernikahan kau dulu Nuha!” kata Kartika lagi begitu gembira dengan apa yang
baru dilihatnya. Nuha Qarina mengangkat
bahunya. Tidak memberi respon cepat mengenai pujian sahabatnya itu.
“Aku tak mahu benda-benda tu semua, Ika! Kalau kau mahu,
kau ambillah. Nuha berlian tu tak ada gunanya kepada aku. Sedangkan Nuha Qarina
dibuangnya, inikan pula barang-barang
yang boleh didapatinya dengan mudah di kedai-kedai! Kau ambillah Ika!” kata Nuha
Qarina mengulangi permintaannya. Dia semakin sebak dengan apa yang dilihatnya.
Kartika masih membelek-belek berlian yang bertatahkan emas putih itu.
“Ika, cantik kalau kau pakai tu. Kulit kau sesuai. Kalau
kau pakai, tentu kawan-kawan kau menangis tahu!” kata Kartika dengan penuh
kegembiraan. Dia sendiri tersendu perlahan.
“Tak mahu. Benda ni untuk kau. Buat apa aku ambil! Lusa,
kalau kau jalan pakai benda ni, tentu cantik. Sesuai dengan kulit kau yang
lawa, Nuha! Percayalah!” kata Kartika perlahan.
“Aku tak mahu benda-benda tu semua. Yang dulu tu pun
masih ada dalam simpanan emak aku, Ika. Benda-benda macam ni tak ada gunanya
dalam hidup aku ni!” kata Nuha Qarina lagi mengingatkan rumahtangganya yang
goyah.
“Tak apalah, kalau kau tak mahu, nanti aku tolong
hantarkan ke rumah mak kau. Biar mak kau simpan benda ni ya. Mana tau suatu hari kau balik ke
pangkuan suami kau tu, mesti benda ni kau perlukan!” kata Kartika lagi. Nuha
tidak ada reaksi. Dia memilih diam.
“Nuha, kau kemaslah barang-barang kau ni ya. Aku nak
tidur. Esok aku kerja. Mungkin esok aku akan balik lambat sikit. Boss bawa aku
jumpa client di Paradise Resort. Kau
dah serah tugas kan ?”
kata Kartika lagi.
“Sudah tapi aku nak ke sekolah juga. Aku nak jumpa
dengan kawan-kawan aku.” Kata Nuha Qarina tiba-tiba berasa lebih sayu
mengenangkan kawan-kawannya yang bakal ditinggalkan. Kalau Aliff Safwan tidak
memilih untuk berkahwin lain, sudah tentu dia menolak tawaran belajar ini.
Tetapi, dia memikirkan tidak ada apa-apa yang tinggal di sini, dia pun memilih
belajar semula, meyambung cita-citanya yang terputus di tengah jalan.
“Oklah Nuha. Kita
jumpa lagi. Selamat malam! Jangan sedih-sedih lagi ya, abang sudah datang tu
bawakan kereta baru untuk Nuha!” kata Kartika lantas bergerak perlahan ke
biliknya. Kepala Nuha sempat dipegangnya seketika.