Novel Cinta Sang Pilot 3
Bab 3
Pagi
itu aku bangun awal. Selepas berbalas cakap dengan Nukman aku turun ke bawah. Aku
mahu menemani emak menyediakan sarapan pagi. Aku pun tidak mahu pintu bilikku
diketuk oleh emak atau lelaki itu bangun awal daripadaku. Selesai solat Subuh
tadi aku mengejutkan dia dan terus turun ke dapur. Sebenarnya aku langsung
tidak dapat melelapkan mata semalaman. Entah mengapa. Aku tidak dapat memaksa
mataku sendiri. Kesemua perkara yang telah berlaku kepada hidupku ini terlalu
ngeri bagiku.
“Assalamualaikum
mak,” emak menjawab salamku sambil tersenyum. Tidak ada riak-riak marah lagi di
wajah emak setelah berlangsungnya pernikahanku dengan Nukman Faris, anak
saudaranya itu.
“Macam
mana tidur semalam dengan orang baru, ok tak?” soal emak. Aku tersengih-sengih.
Ah emak, macam tidak mahu faham. Lelaki itu kan aku baru jumpa, memang lah aku
agak kekok dan sukar hendak membiasakan diri. Di dalam bilik aku asyik segan
dengan dia walaupun lelaki itu adalah sepupuku. Walaupun kami bersepupu yang
agak rapat tetapi kami tidak pernah sebegini rapat. Naik kembang muka aku sebab
terlalu segan dengan sepupu. Huhu!
“Baik
mak, tak ada yang tak baik.” Jawabku. Perasaanku cuak. Aku tidak tahu kenapa.
Tangan emak lincah mengupas bawang.
“Mak
nak masak apa?” emak menutup matanya. Pedih mungkin.
“Kira-kira
nak masak nasi goreng. Nasi semalam masih banyak lagi tuh,” kata emak. Aku
melihat periuk nasi yang paling besar penuh dengan nasi.
“Saya
masaklah nasi goreng mak. Bukan selalu dapat makan masakan saya,” kataku
bergurau. Emak mengangguk.
“Ya
lah, nanti kalau mak tak setuju, anak mak merajuk pula.” Jawab emak. Pandai
sungguh emak bergurau. Aku menghidupkan api dan memanaskan kuali.
“Pandailah
mak!” aku tepuk bahu emak. Sebenarnya aku sedih dengan apa yang berlaku namun
aku berjanji tidak akan berkongsi dengan emak. Aku tidak mahu emak bersusah
hati kepadaku. Sudah beberapa minggu emak memikirkan hal aku. Amri lagi satu,
bekas tunangku.
“Mesti
sedap Tasya masak kan mak,” tiba-tiba satu suara dari arah belakangku.
Meremang
bulu romaku. Aku sangka dia akan menyambung tidurnya. Semalam bukan main dia
menunjukkan syarat-syaratnya kepadaku. Hari ini dia tunjuk kemesraannya di
depan emakku. Bukan main aku terkejut. Emak pula tersenyum-senyum manis
memandang aku. Dia sudah berdiri di belakangku dan memegang pinggangku. Lebih
meremang bulu romaku. Dalam hati aku berdoa, janganlah lelaki itu pegang-pegang
tubuhku ini. Baru sahaja dia memarahi aku sekarang dia sudah memegang pinggangku.
Apa yang harus aku buat? Menepis tangannya itu? Apa kata emak?
Bukankah
kami akan bercerai tidak lama lagi? Sekurang-kurangnya pun aku akan bakal
mendapat madu! Ah, sakitnya hati! Janganlah aku mati sebelum tercapai
cita-citaku! Panjang sangat doaku sambil memohon dia melepaskan tangannya dari
pinggangku.
“Lepaslah!
Tak baik mak tengok, malu saya,” bisikku. Marah betul, dia masih meneruskan
lakonannya. Macamlah aku suka! Dia tersenyum. Mata kami bertatapan semula. Ya
Allah, matikan lah waktu dan aku dan dia ingin kekal bertatapan dengan senyuman
manis begini! Rahmat Allah turun pagi ini. Aku sungguh bersyukur.
“Mestilah
anak mak pandai masak Nukman. Sepupu merangkap isteri kamu juga,” kata emak.
Aku cuak lagi. Dalam debar senyuman Nukman Faris singgah di wajahku menyebabkan
bergetaran halus di dadaku ini. Aduhai, kenapa begini perasaan seorang isteri
sementara ini!
“Mestilah
anak mak kan? Isteri abang juga kan,” jawab Nukman Faris. Mahu bernanah
telingaku mendengar pujiannya.
“Tak
lah, saya biasa-biasa aje, tak biasa masak kan mak!” kataku merendah diri. Emak
hanya tersenyum manis. Aku pula tersenyum kelat.
“Nukman
duduk di luar dulu sementara Tasya sediakan sarapan. Nukman nak minum air apa,
nescafe, kopi, milo?” soal emak. Aku memasang telinga.
“Apa-apa
saja mak, semuanya saya minum tapi mesti Tasya yang buat,” jawabnya yang sudah
memeluk bahuku. Ya Allah mahu saja aku pengsan di dapur ini. Nasib baik aku
mampu mengawal diri.
“Betulkah
abang nak saya ni buat kan air?” soalku perlahan. Mataku kutundukkan menghadap
lantai. Aku kalau boleh tidak mahu memandang matanya yang agak garang memandang
aku. Kebetulan emak pula di sisiku. Emak menjelingku. Dia mengangguk.
“Ya
Allah anak mak, kalau suami cakap dia nak air yang isterinya buat, betullah tu,
apa pula nak tanya suami macam tu!” emak sudah membebel. Merah padam wajahku.
Seketika Nukman Faris sudah mencuit pipiku yang merona merah.
Ya
Tuhan hentikanlah waktu, alangkah bahagianya aku di sisi lelaki yang bernama
suami ini! Kalau lah dia mahu menjadikan aku isteri seumur hidupnya, alangkah
bahagianya aku!
“Sayang
buat air sedap-sedap tau,” bisiknya di telingaku lantas mengucup pipiku yang
sudah berbahang menahan asmara ini. Aduhai adakah ini mimpi?
Syukur
dia tidak memilih makanan. Tetapi aku tidak tahu jika dia hanya berlakon
sahaja. Ini kerana dia paling pandai berlakon dalam adegan kami ini. Sebelum
ini dia tidak pernah begini. Kecuali semasa bersanding, dia menunjukkan mukanya
yang ceria walaupun sesekali kami bertemu pandang dia jeling aku. Jeling suka
atau benci?
‘Mak
ai, bukan main demand pula dia!’
kataku dalam hati. Marah sebenarnya.
“Aduhai
berkucupan lah pula pasangan pengantin ni depan mak dia! Tak puas-puas pula
dalam bilik mereka ni!” kata emak mengusik kami.
Aku
tidak tahu hendak meletak mukaku di mana ketika ini. Tebalnya kulitku
mengalahkan kulit kawah hitam buat gulai daging semalam! Emak sentiasa
memerhatikan kami rupanya. Dengan senyuman bangga dan bahagia pula tu! Dia
ingat aku bahagia semalam? Huhu!
Tambahan
lagi lakonan Nukman Faris yang mantap menyebabkan emak galak mengusik kami. Aku
hanya menundukkan pandangan dengan dada bergendang hebat dan air mata berkumpul
di kolam mataku. Benarkah Nukman Faris ini?
“Mak
dan ayah kamu datang sini tak pagi ni Nukman?” soal emak lagi. Nukman Faris
angkat bahu dan sebelah tangannya masih memegang pinggang keringku pula. Bertambah
bergemuruh dadaku.
Ya
Tuhan, kenapa lelaki ini melebih-lebih pula pagi ini. Kalau dia tidak begini,
tidak adalah benda yang akan kukenang sepanjang hari ku nanti. Namun apabila
dia sudah bertindak begini, apakah perasaanku? Aku terasa dipermainkan!
“Itu
mak kena tanya dengan mama. Saya tak nak masuk campur,” katanya pula. Jawapan
itu memang tepat. Ini kerana mereka berdua adik-beradik.
“Saya
ke depan dulu sayang, mak,” katanya memanggil aku ‘sayang’ dan merendahkan
tubuhnya untuk berdiri sepadan denganku, memandang wajahku yang masih merah
padam dan jantungku yang kononnya terlompat keluar entah ke mana.
Berdebar
semacam dadaku. Mahu melompat pun ada. Sejak dulu aku menyayanginya walaupun
aku tidak pernah menyimpan harapan dia akan menikahiku. Kini, perbuatannya
begitu menyebabkan darjah cintaku kepada sepupuku ini semakin menebal setebal
novel cinta!
Namun
pada saat mamanya dan emaknya merestui pernikahan kami, dia sudah ada orang
lain. Memang menyakitkan hakikat itu namun aku tidak dapat menyangkalnya,
mungkin sudah takdirku begini.
Ya
Allah, macam mahu gugur jantungku. Kurasa sesaat ini, dunia ini aku yang punya.
Sayangnya hanya sesaat. Selepas itu, aku tidak akan mendengar lagi suara
lembutnya. Apa yang ada hanya pandangan matanya yang kejamnya dan kata-katanya yang kurang sopan dari wajah
kacak itu.
“Ya
pergi dulu ke depan. Ayah kamu ada di situ, sedang ambil angin katanya,” kata
emak menyelamatkan keadaan.
Aku
terus memasukkan bawang dan ramuan lain.
Aku urut dada seketika, merasai debaran yang masih bersisa. Apakah ini cinta?
Kenapa ketika aku bertunangan dengan Amri dulu aku tidak merasai getaran
begini? Kenapa bersama yang tidak mencintai aku, memandang aku dengan jijik ini
pula aku terasa sesuatu yang aneh? Apakah ini cinta? Aku tidak berani
mengakuinya! Aku takut dituduh perasan pula!
“Sayang,
abang ke depan dulu. Sayang masak sedap-sedap tau, abang dah lapar ni,”
bisiknya di telingaku.
Tuhan,
hentikanlah waktu, aku sangat bahagia saat ini. Bisikku dalam hati. Perlahan
aku mengangguk dan tersenyum dengan senang hati. Tetapi apabila mengenangkan
syarat-syarat perkahwinan yang sudah aku tandatangani,aku berasa diri ini tidak
ada nilainya di mata lelaki itu. Tuhan, pinjamkan aku nafas aku rasa hendak
mati saat ini!