Novel: Cinta Sang Pilot 2
Bab 2
“Cik
abang, sila bangun. Azan subuh dah kedengaran tu.” Aku cuba mengejutkan Nukman
Faris. Tetapi lelaki itu tidak pun bergerak dari tidurnya yang pulas. Takkan
nak biarkan?
“Abang, bangun sekarang. Solat subuh,”
aku menaikkan nada suaraku di telinganya. Aku memang takut-takut. Takut dia
akan menjerit ke arahku.
“Hey! Boleh tak kalau kau tak kacau aku
satu hari! Aku nak tidurlah!” dia meninggikan suaranya.
Aku
terpana melihat dia yang sudah berwajah garang. Memang itulah penampilannya
sejak aku mengenalinya. Dia tidak pernah berbuat baik kepadaku. Jika dia
berbuat baik kepadaku, pastinya hanya di depan emaknya dan di depan ahli
keluargaku. Kalau kami hanya berdua, memang jelingan mautnya sahaja yang aku
terima. Aduhai!
“Subuh bang,” jawabku.
“Siapa abang kau?” soalnya menjegilkan
matanya. Aku menundukkan pandanganku. Jahatnya dia! Aku janji, kalau suatu hari
aku mempunyai suami lain, aku tak akan memilih lelaki yang tidak mahu menerima
aku seperti ini. Tetapi kerana aku terdesak, aku terpaksa menerima keadaan
begini.
“Abang kan sepupu saya, tua dari saya,”
jawabku. Dia jegilkan matanya lagi.
“Aku abang sepupu kau, tapi bukan abang
kau! Jangan panggil aku abang!” sempat lagi dia memarahi aku.
“Ya ya! Maafkan saya. Sekarang dah nak
habis waktu subuh encik!” kataku mengingatkannya. Sebagai umat Islam aku berhak
mengingatkan dia agar menunaikan kewajipan kepada tuhan biarpun dia tidak
menerima aku sebagai isterinya.
“Aku tahulah nak solat. Yang kau sibuk
tu kenapa? Selama ni pun aku solat kau tak tahu!” aku diam. Apa lagi yang harus kujawab kalau dia tahu
kewajipannya sebagai orang Islam.
“Bangunlah,kenapa lagi Encik Nukman
begitu lagi? Bangunlah cepat waktu subuh dah nak habis tu,” kataku menukar panggilan kepadanya. Aku sudah
terasa dengan sergahannya.
“Eh kau ni memang tak faham bahasa
kan!” katanya yang sudah menjegilkan matanya. Namun dia masih berbaring di atas
sofa itu. Aku tenung matanya. Selepas bangun pun kulihat dia sangat kacak.
Waduh, aku dah angaukah?
“Saya faham, maafkan saya. Saya hanya
mahu encik solat subuh sahaja,” kataku menundukkan pandangan. Aku takut jatuh
cinta buat yang entah ke berapa kali kepada lelaki yang tidur sebilik denganku
ini.
“Eh, kau ni memang penyibuklah kan!
Benci betullah dengan awak ni! Menyusahkan betul!” rungutnya lagi.
Aku
terasa aneh. Perasaanku sangat sebak. Aku tahu aku sudah menyusahkan dia tetapi
kenapa perlu aku ditengking-tengking begitu! Memang sepupuku aku ini agak
kurang beradab sikit!
“Saya terpaksa penyibuk encik, saya tak
mahu encik berdosa dan saya terseret sama!” kataku perlahan. Marak matanya. Dia
bukan lagi mamai kerana baru bangun tidur tetapi memang dia sudah sangat marah
mendengar kata-kataku.
Apa
yang aku boleh buat, itu memang tanggungjawab aku sebagai muslimah saling mengingatkan
sesama sendiri. Kalau aku biarkan dia habis waktu Subuh, aku juga yang
berdosakan?
“Menjawab! Menjawab!” jeritnya agak
kuat. Aku jauhkan diri. Aku takut tangannya akan terpasak di tubuhku pula. Minta
dijauhkan.
“Maafkan saya encik!” kataku yang sudah
duduk di birai katil.
“Kenapa kau nak berencik-encik dengan
aku?” buntang mataku.
“Apa yang patut saya panggil? Panggil
abang, awak marah. Panggil encik awak marah juga. Saya pun bingung!” soalku
pula.
“Panggil Nukman saja.” Aku angguk.
“Baik, aku nak solat dulu. Kau dah
solat?” aku angguk lagi. Aku tiidak mahu menjawab lagi. Aku takut dia akan
memarahiku lagi.
“Kau dah bisu?” bulat mataku. Apa lagi
yang patut aku buat?
“Saya tak bisu Nukman,” terasa ketar
bibirku menyebut nama itu. Sepatutnya aku memanggilnya abang sahaja. Jika pun
sebagai suami, sebagai sepupu. Dia lebih tua dari aku. Tak apalah.
“Susah aku nak cakap dengan kau ni!
Sensitif betul!” apalah salahku. Aku rasa aku bertanggungjawab untuk
mengingatkan dia tentang kewajipan bersolat. Jika tidak belum tahu aku akan
buka mulutku.