Novel Kuimpikan Bahagia Bab 6

6




Nuha Qarina melajukan kayuhan basikalnya. Panggilan dari abangnya Dollah tidak dipedulikan lagi. Dia sudah berjanji akan bertemu dengan seorang pak cik yang  rapat dan dikenalinya sejak kecil yang tinggal di hujung kampung iaitu Pak Tam. Abang Dolnya sebenarnya tidak mahu meminjamkan dia basikal tua yang digunakannya itu. abangnya mengejarnya namun dia melajukan basikal selaju yang mungkin.
Dia tidak menoleh ke belakang lagi. Apatah lagi kalau ayahnya tahu akan sikapnya yang suka menunggang basikal, tentu dia akan memarahi kedua-dua mereka. kertas lukisannya dikepitnya kuat-kuat di ketiak. Dia mahu berjumpa dengan Pak Tam. Dia mahu bertemu dengan lelaki untuk menyelesaikan masalahnya. Kerja Pendidikan Seni Visualnya tidak dapat disiapkan dengan pertolongan lelaki itu.
Esok, tentu guru PSVnya akan menyergahnya kalau dia tidak dapat menyiapkan lukisannya. Kalau tak buat elok-elok gurunya akan marah juga. Pening dia dibuatnya!
Nama sebenarnya Jamal tetapi dia senang memanggilnya Pak Tam sahaja. Mereka sudah berkawan rapat sejak kecil lagi. dia tidak mahu dikatakan pembohong oleh sahabatnya itu. dia membawa bersama buku matematiknya. Dia meminta sahabatnya itu membantunya menyiapkan lukisannya yang tidak sesiap mana. Masalah yang diberikan oleh Cikgu Sabariah itu memang agak sukar. Apatah lagi apabila soalan itu melibatkan soalan pemandangan atau potret. Dia tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikannya. Sukar hendak diberitahu. Jadi, kepada Tam lah tempatnya mengadu. Abang Dolnya hanya akan mentertawakan dia kalau dia tidak tahu melukis. Dia memang tidak suka mata pelajaran lukisan. Nasib baiklah mata pelajaran elektif sahaja, kalau tidak berserabut juga otaknya hendak memikirkan hal itu.
Dulu, sewaktu kecil, ayahnya adalah penoreh getah dan begitu juga dengan ayah Tam. Mereka sama-sama berasal dari kampung yang sama, cuma Tam agak berusia sedikit berbanding dirinya. Mereka selalu bermain di sebuah padang di kampung itu yang berdekatan dengan surau.
Di situlah mereka bermain dan berbincang mengenai aktiviti yang akan dilakukan pada hari-hari yang akan datang. Walaupun Tam suka bermain seperti dirinya tetapi Tam mempunyai kemahiran yang sukar hendak ditandingi oleh orang kampung itu. Tam pandai memancing ikan dan sotong kalau musim-musim tertentu.
 Di situlah dia berjumpa dengan Danial Akmal dan Tam. Namun, perkenalannya dengan Tam, dirasakannya lebih indah. Menurut ayahnya, Tam ada bau-bau bacang dengan emaknya tetapi dia tidak tahu dari sisi yang bagaimana.
“Tam, hari ni Tam nak ajarkan saya main apa?” tanyanya apabila sahaja dia sampai di rumah pondok milik bapa Tam itu. Tam tersenyum manis kepadanya. Tam memang lelaki yang pandai mengambil hati mudanya. Namun dia sedar mereka hanya bersahabat. Tam hanya menganggukkan kepalanya perlahan.
“Hari ini abang nak ajarkan Nuha buat tikar! Abang dah sediakan pandan kering yang sudah diwarnakan. Kalau Nuha pandai nanti bolehlah kita jual kan di tamu! Tapi, kita kenalah siapkan dulu lukisan kau ni! Nanti kena marah pula oleh cikgu! ” kata Tam menambah angan-angan. Dia hanya tersenyum sendirian.
“Ya tapi kadang-kadang saya ni sungguh tak suka dengan pelajaran tu! Saya ni kalau boleh malas nak melukis tu! Saya ni mahu buat matematik ja!” kata Nuha Qarina kepada lelaki yang kudung tangan kirinya itu.
“Nuha, jangan cakap macam tu Nuha. Abang ni belajar pun setakat darjah enam saja tapi bagi abang, selagi ada peluang, Nuha kenalah belajar. Jangan ambil kesempatan cakap tak suka sesuatu pelajaran tu! Abang tak gembira kalau begitu!” termangu Nuha Qarina dengan penjelasan Tam itu.
“Ya lah bang Tam. Saya akan belajar walaupun tak begitu minat pelajaran ni!”katanya perlahan. Wajahnya sendu. Tam hanya tertawa dengan perlakuannya yang tidak gembira dengan apa yang berlaku.
“Abang mahu Nuha pandai semua pelajaran tu. Abang tak suka kalau adik abang ni asyik ikut budak-budak nakal di kampung ni pergi masuk hutan. Tak baik, Nuha tu perempuan!” kata Tam lagi merenung wajah bulat Nuha yang lembut.
“Ah, abang Tam ni macam-macam lah! Saya ni masih budak lagi. Masuk hutan tu bagus tahu, cari pengalaman tau! Abang tak tahukah saya ni suka cari pengalaman dan cabaran!” kata Nuha Qarina lagi. Tam menggelengkan kepalanya. Sambil itu tangannya sudah lincah mengambil berus dan mewarna lukisannya yang baru siap separuh itu.
“Bagus pula lukisan Nuha kali ini. Kata tak pandai, mana ada tak pandai melukis. Nuha ni pandai melukis, ada bakat. Mahu diasah lagi, selalu buat latihan. Lama-lama boleh jadi pelukis terkenal  tahu!” kata Tam dengan panjang lebar kepada Nuha Qarina yang terkulat-kulat memerhatikan Tam mewarnai lukisannya itu.
“Abang Tam, saya ni bukannya apa. Saya tak suka kalau cikgu Nuha tu bagi Nuha markah yang sikit! Lepas tu banyak pula lukisan Nuha yang dikomen! Kalau orang lain sikit pula komennya!” kata Nuha Qarina lagi. Tam hanya ketawa kecil melihat gelagat Nuha yang tidak boleh menerima teguran gurunya di sekolah.
“Hey Nuha! Kau tak nak balik? Loceng dah bunyi tu! Entah-entah cik abang kau dah tunggu di rumah tu! Maklumlah orang masih bulan madu.” Sarimah mengejutkannya. Dia kembali ke alam nyata. Uh, siapa yang tak mahu balik!
Ah, segalanya masih basah dalam ingatan. Abang Tam yang banyak mengajarnya membuat kraftangan seperti tikar dan melukis. Entah di manakah Tam kini, dia tidak tahu. Mereka sudah lama pindah ke bandaraya mengikut ayahnya yang berpindah kerja. Abang-abangnya juga sudah lama tidak menjenguk abang Tam di kampung. Masing-masing sudah sibuk dengan kerjaya sendiri.
“Saya nak balik jugalah Mah. Takkan nak tidur sini!” kata Nuha Qarina sambil mengemaskan buku-bukunya. Beatrice yang duduk di sebelahnya belum lagi masuk ke bilik guru. Entah apa lagi yang dilakukan oleh rakan sejawatnya itu. Biasanya gadis itulah yang mengheretnya keluar awal dari sekolah. Loceng berbunyi sahaja, mereka sudah duduk di dalam kereta.





Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Api Rindu Masih Menyala

Novel Cinta Sang Pilot Bab 30

TEASER 1: CINTA SANG PILOT