Novel Kuimpikan Bahagia Bab 5
5
Beatrice masih menunggunya di bilik guru itu. Dia baru sahaja duduk
dan melepaskan pedih yang masih bersangkut dalam sesi persekolahan yang baru
ini. Beaatrice tidak senang duduk di sebelahnya. Dia pula menjadi resah. Dia
tahu Beatrice ingin mengetahui apa yang sebenarnya sedang bergolak dalam
jiwanya. Dia dan Beatrice kiranya agak rapat juga.
Mereka saling bertukar cerita. Walaupun Beatrice masih
belum berpunya tetapi di sekolah tempatnya mengajar ini, hanya Beatrice yang
boleh dikongsikan suka duka cerita hidupnya. Nuha Qarina juga sedang duduk di
kerusi bersebelahan dengan Beatrice. Lima
belas minit lagi kelas akan bermula.
Beatrice yang duduk di sebelahnya juga berbuat demikian.
Gadis Dusun yang manis itu menguatkan azamnya untuk memendamkan segala-gala
yang berlaku. Masih ketara kerut yang berbaris di dahi Beatrice melihat
wajahnya yang muram dan murung. Barangkali, dengan rakan sekerjanya yang
seorang ini dia memang tidak mampu berbohong. Duganya dalam hati. Hatinya
memang sudah lama hancur gara-gara seorang lelaki yang kononnya menjadi idaman
ramai gadis cantik di bandar raya rimba ini. Kesalnya kian teguh dalam hati.
“Kenapa muka kau murung Nuha Qarina? Kau macam tak
gembira saja. Biasanya pagi-pagi ni kaulah yang macam murai tercabut ekor!
Kaulah yang paling gembira! Tapi sejak hari ini macam ada sesuatu yang berlaku!”
kata Beatrice menggunakan peribahasa yang biasa digunakan untuknya.
Panggilan biasa digunakan oleh rakan-rakan. Nuha hanya
panggilan di rumah sahaja. Namun dia lebih senang kalau orang-orang yang rapat
dengannya memanggilnya Nuha. Dia masih bungkam. Sememangnya pagi-pagi begini
dia lebih senang untuk berdiam diri dan membaca buku kegemarannya. Dia tidak
mahu cerita-cerita remeh di sekolah ini akan mengganggu emosinya.
“Tak ada apa-apalah Beat. Aku pun tak tau nak cakap yang
aku ni gembira! Mungkin aku tak boleh meluahkannya dengan kata-kata, tapi aku
memang bahagia sekarang. Cuma, faham-faham je lah, suami aku tu selalu ke luar
negara, urusan kerja!” kata ikrarnya untuk membahagiakan lelaki yang tampan dan
sempurna lahir dan batinnya itu.
“Kau mengandung ya? Macam ada apa-apa pula.” soal
Beatrice macam senapang yang memuntahkan pelurunya bertubi-tubi. Perlahan dia
bingkas mengambil beg kerja yang berwana hitam itu untuk menunaikan
tanggungjawab pertamanya pagi ini, projek SEMAI iaitu membaca selama sepuluh
minit di dalam kelas harus dilaksanakan! Perhimpunan diadakan seminggu sekali.
Kebetulan hari pertama persekolahan adalah hari rabu, jadi perhimpunan pertama
semua guru dan pelajar pada tahun ini akan diadakan pada minggu hadapan.
“Tak ada apa-apalah, percayalah aku! Mengandung pun
tidak!” katanya ringkas sekali. Barangkali jawapannya yang ringkas itu
menyebabkan dia menahan tangis tak berlagu. Beatrice masih merenunginya.
Dia tidak menghiraukan soalan-soalan yang menyerangnya.
Beatrice masih tidak berpuas hati dengan bungkamnya. Dia faham akan rakannya
yang seorang itu.
“Nuha, kalau ya pun tunggulah aku dulu!” kata Beatrice
sambil memegang pergelangan tangannya hingga menimbulkan rasa sakit.
“Aku nak masuk kelaslah kawan! Kalau pengetua kita
tiba-tiba ‘melancong’ ke kelas-kelas dan kita masih bersembang, apa kau nak
cakap? Loceng yang baru bunyi tu, kau tak dengar? Jomlah kita masuk ke kelas,
pelajar kau tentu rindukan kita! Aku tak sabar nak jumpa mereka!” soalnya memulangkan
paku buah keras kepada rakan sekerjanya itu. Rakan-rakan sudah terkocoh-kocoh
ke destinasi masing-masing pada pagi-pagi begini.
“Aku tahulah! Tapi, aku nak tanya dengan kau ni! Aku
betul-betul nak tahu! Aku susah hati tengok kau susah hati macam tu! Selalunya
kalau macam ni kau yang selalu ‘happy’ apa lagi kita jarang berjumpa! Sekarang,
aku lihat kau macam ada masalah!” kata Beatrice lagi masih tidak puas hati
dengan jawapannya itu.
“Aku tak ada apa-apa masalah Beat! Yang kau nak
paksa-paksa aku tu kenapa? Aku aku mahu kau sibukkan aku, aku ni ok!” katanya
masih menutupi kepedihan yang bertandang di kuala hatinya ini. Beg hitam di
tangannya dijinjing erat.
“Aku rasa ada sesuatu yang berlaku kepada kau Nuha, please let me know!” kata Beatrice lagi
mula memujuknya. Nuha Qarina hanya menggelengkan kepalanya.
“Nothing! Aku
tak apa-apa. Don’t worry, please.
Saya jalan dulu ya!” katanya meminta kebenaran dengan kawannya.
“Please aku nak jumpa dengan kau Qarina. Tak bolehkah
kita cerita-cerita sikit?” kata Beatrice lagi. kali ini mulutnya muncung. Nuha
Qarina hanya tersenyum.
“Aku tak ada masa lah! Penuh lah jadual kalau hari Rabu
ni! Apalah kau ni sbuk sangat Beat!” katanya berdalih.
“Biasanya apa yang aku rasa ni benar belaka. Aku tak
mahu sesuatu yang tak baik berlaku kepada kau! Please let me know! Kita jumpa masa ketiga ya, kau tak ada
kelaskan? Boleh tak? Kita ke kantin, aku belanja kau minum!” pelawa Beatrice
dengan penuh kesungguhan.
Biasanya dia sendiri yang akan membelanja rakannya itu.
Rakannya itu sukar benar mengeluarkan wangnya untuk orang lain. Katanya, ramai
adik-beradik yang ditanggungnya. Ah, sedekah itu berkat dan subur. Bisiknya.
“Terima kasihlah kerana susah-susah nak belanja aku
Beat! Kebetulan aku tak mahu pergi kantin hari ni! Aku belum check lagi kalau-kalau aku mengganti.
Kau tahulah kak Hajah Fatmah tu, kadang-kadang last minute baru dia bagi kita surat mengganti! Tu yang haru! Mahu tak mahu
kenalah kita mengganti!” katanya lagi cuba mengelak pelawaan Beatrice.
Hakikatnya dia ingin melarikan diri dari rakan sekerjanya itu.
“Janganlah macam tu Qarina. Kan sudah lama kita cuti, kita tak jumpa.
Hari ni kita minum sama-sama ya. Aku memang rindukan kau!” kata Beatrice cuba
memujuknya. Malas dia pujukan rakannya itu. Wajah bulat Beatrice itu
dipandangnya. Langkahan kakinya dipercepatkan. Dia bimbang dia akan tersilap
cakap akhirnya.
“Aku tahulah nak jaga diri aku macam mana Beat! Kau
jangan nak susah hati!” katanya lagi perlahan.
“Tidak! Kita mesti cerita tentang pengalaman suka duka
kau menjadi isteri orang! Aku ni tak lama lagi akan mengikuti jejak kau!” kata
Beatrice seperti menukar tajuk yang selama ini mereka perbualkan.
“Oklah kalau macam tu! Nanti kau cari aku di pusat
sumber! Aku tak mahu minum. Aku kenyang, dah sarapan di rumah tadi!” kata Nuha
Qarina lagi, mengalah dengan pujukan Beatrice.
“Maklumlah orang sedang gembira! Tentulah minum
sama-sama! Ha macam tu lah kawan barulah aku suka!” kata Beatrice yang begitu
gembira dengan janji temunya.
Dia berjalan menuju ke kelas Tingkatan Tiga Berlian.
Dalam kerinduan melihat wajah-wajah pelajarnya, hatinya masih sebu. Sukar
hendak digambarkan betapa hancurnya sebuah hati. Namun, perjalanan hidupnya
harus diteruskan. Tidak ada sesiapa yang akan membantunya andainya dalam menempuhi
perjalanan hidupnya dia akan terjerat lagi seperti ini. Dia telah berjanji
untuk melaluinya dengan tabah, walaupun hakikatnya hatinya merintih!
***
Tepat pada waktu
rehat, terkocoh-kocoh Beatrice datang ke pusat sumber sekolah. Sedangkan dia
sedang terkulat-kulat membaca buku cerita. Dia senyap sahaja di bahagian hujung
pusat sumber itu.
“Nuha, kau tak
pergi kantin, minum?” Tanya Beatrice apabila sahaja dia melabuhkan punggungnya
di kerusi bersebelahan dengan Nuha. Nuha Qarina menggelengkan kepalanyan. Dia
terasa kenyang pula.
“Taklah, aku hanya
akan free pada jam 11.50 pagi ini. Jadi, mahu tak mahu terpaksalah aku duduk di
sini sementara waktu rehat budak-budak tu habis!” Nuha Qarina member alasan perlahan.
“Aku Nampak
jelaslah perubahan kau sekarang tak macam dulu!” kata Beatrice yang jelas
kehairanan.
“Tak ada
apa-apalah! Kan dah jadi isteri orang, kena bersikap baik sikit,” ujarnya.
Beatrice mengangguk. Mungkin setuju dengan alasannya.
“Jadi, macam mana
jadi isteri jutawan, bagus tak?” soal Beatrice lagi. lama dia diam. Dia sendiri
tidak pasti siapakah lelaki yang baru dikahwininya lantas tiga bulan kemudian
ditinggalkannya secara tiba-tiba. Nuha Qarina benar-benar belum kenal rapat
akan lelaki yang menjadi suaminya itu.
“Kenapa kau diam?”
soal Beatrice lagi. Nuha Qarina tidak menyahut.
“Tak ada apa-apa.
Hidup selepas kahwin sama saja dengan sebelum kahwin. Tak banyak bezanya Beat.
Nanti kalau kau dah kahwin, kau taulah apa rasanya kahwin dan tidak kahwin!”
Jawabnya perlahan.
“Aneh kau ni Nuha.
Orang lain lepas kahwin muka berseri-seri tapi muka kau pucat semacam je! Kau
pregnant ya?” soal Beatrice lagi. nuha Qarina tidak mahu mengulas kata-kata
sahabat sekerjanya itu.
“Taklah! Masih
terlalu awal nak ada baby! Aku kan masih muda! Rancang-rancang aku nak sambung
study ni!” katanya perlahan. Dalam hatinya lebih menjurus hendak menyambung
pelajarannya.
Tidak ada lagi komitmen yang hendak dilakukannya di
sini. Suaminya juga sudah memberikan dua kata kepadanya. Dia benar-benar mahu
melupakan lelaki itu. Dia tidak mahu terus hidup dibelenggu oleh lelaki yang
sudah merantai hidupnya. Kalau ada kehidupan kedua, Nuha Qarina berjanji akan
menjadi dirinya sendiri dan tidak akan begitu mudah menerima akad nikah seorang
lelaki! Uh!
“Sambung study?
Buat apalah kau sambung study tu Nuha! Kalau aku lah di dalam situasi kau ni,
aku takkan buat apa-apa. Just duduk diam di rumah, pergi shopping di luar negara
dan enjoy yourself!” kata Beatrice
lagi.
Nuha Qarina terduduk lesu. Tidak tahu apa lagi yang
harus dijawabnya. Beatrice terlalu ingin mengetahui kehidupannya selepas
kahwin. Ah, dia tidak akan membuka mulutnya. Kehidupannya yang bagaikan berada
di dalam penjara, menyebabkan hatinya rabak terluka. Uh, sungguh hatinya
terluka!
Siapa pula yang akan membiayai kehidupannya setelah dia
kembali hidup bujang seperti tiga bulan yang lalu? Soalnya dalam hati.
“Jadi, benarlah
telahan aku, kau ada masalah ya? Ceritalah kat aku, kita boleh bincang. Aku ni
kawan kau, aku kasihan tengok kau!” kata Beatrice masih memujuknya membuka
mulutnya.
“Aku tak tahu nak
cakap macam mana Beat. Apa yang aku nak cakap? Tak tahu nak cakap!” katanya
perlahan. mata Beatrice terus memacak tegang ke arahnya. Nuha Qarina tidak mahu
dirinya menjadi perhatian. Biarlah dia tidak berterus terang, itu lebih baik.
“Tetapi ada sesuatu
di matamu yang menyebabkan aku jadi gelisah Nuha. Kau macam dalam kesusahan,”
kata Beatrice lagi. Duka menghimpit hati. Bagaimanakah dia harus berterus
terang dengan Beatrice mengenai masalahnya ini.
“Tak ada apa-apalah
Beat. Betul tak ada. Suami aku sekarang di London. Dia ada masalah sikit di
sana. Syarikat yang baru beroperasi di sana ada masalah stok. Tu yang
menyebabkan dia di sana. Aku pula duduk dengan keluarga aku di Kinarut. Puas
hati?” soalnya perlahan setelah memberikan butiran lengkap tentang suaminya
itu.
“Oh begitu. Aku
berdoa agar kau akan bahagia dengan kehidupan yang kau lalui. Setahu aku kau ni
jenis ‘happy go lucky’! Tapi, hari
ini kulihat kau amat sedih sekali, tu yang aku hairan!” kata Beatrice lagi.
“Mungkin suasana
sebelum kahwin dan selepas kahwin lain sikit ya?” soalnya berseloroh kepada
sahabatnya itu.
“Sama sahaja! Tak
banyak beza. Aku tunggu kau kahwin lah! Nanti baru kau faham apa yang berlaku!”
katanya perlahan sambil tersenyum kepada Beatrice. Dia berjanji tidak akan
merosakkan mood kawan-kawan sekerjanya di sekolah itu. loceng sekolah sudah
dibunyikan. Mereka berpandangan seketika.
“Beat, oklah kita
sambung cerita lain kali sahaja ya. Aku ada kelas ni!” kata Nuha Qarina dan
berjalan ke dalam kelasnya, Empat Mutiara. Dia bersyukur kerana dapat
mengelakkan dirinya daripada menceritakan keburukan dirinya kepada sahabatanya
sendiri. Dia tidak mahu memanjangkan sengketanya.