Monday, May 7, 2018

Assalmualaikum

Sempena bulan mengundi ini, saya jual enovel2 saya dengan harga rm12 sebuah. Jika ingin membeli boleh la emel saya imanasuha@yahoo.com

Terima kasih

Monday, October 9, 2017

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Salam hormat semua,

Semoga kita semua pada hari ini dipermudahkan urusan dan digandakan rezeki.

Aamiin

Wednesday, September 27, 2017

Pengumuman Terbaru!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, 

Saya mohon maaf sudah lama saya tak buat apa-apa penambahan di blog ini. 

Saya nak buat pengumuman di sini. 

Saya nak bukukan Enovel Cinta Sang Pilot dalam waktu terdekat. 

Saya nak buat survey di sini. Ada tak sesiapa yang nak baca dan beli enovel saya ini jika dibukukan?

Boleh say NAK jika benar-benar serius nak beli dan baca enovel ini dalam bentuk buku....

Penulis
Iman

Sunday, April 9, 2017

PROMOSI!!!!


SAYA NAK JUAL TIGA ENOVEL SAYA DENGAN HARGA MURAH-MURAH SAHAJA. 

ENOVEL YANG SAYA MAKSUDKAN:

1. CINTA SANG PILOT

2. KUIMPIKAN BAHAGIA

3. ISYARAT CINTA

JIKA BELI KETIGA-TIGANYA SAYA JUAL RM28. 

JIKA BELI SEBUAH SAHAJA RM22. 

TERIMA KASIH. 



Wednesday, November 16, 2016

Teaser Saat Cinta Membara 2

Teaser 2

“Perlukah saya hantar awak sehingga ke airport Imran?” soalnya kepada Imran apabila dua hari lagi lelaki itu akan balik ke Kota Kinabalu. Imran diam sambil memikir sesuatu. Dia 
masih menunggu jawapan lelaki ini.
“Sayang nak hantar abang ke?” soal Imran tersenyum kepadanya. Dia diam. 
Bagaimana dia hendak menghantar suaminya ke KLIA nanti kalau dia sendiri tidak 
ada kenderaan hendak ke sana? Dia menyesal pula menanyakan soalan itu kepada suaminya ini.
“Nak juga hantar …” jawabnya masih ragu tetapi sudah terlanjur dia membuka cerita suaminya hendak balik ke Kota Kinabalu.
“Masa tu ada exam tak?” dia memikirkan tarikh itu. Kebetulan hari Sabtu. Dia 
menggeleng.
“Tak ada exam atau kuliah. Mungkin bolehlah kalau saya nak hantar awak ke airport. Tapi balik nanti saya naik teksilah pula.” katanya seperti sedih pula. Selama beberapa hari 
di sini lelaki muka beku ini melayani dia dengan baik sekali.
“Nak hantar juga?” soal Imran lagi. Dia diam. Apa lagi yang dia hendak jawab? Kalau lelaki muka beku ini mahu dia menghantar, dia tidak ada masalah. Boleh sahaja. Mungkin 
dia boleh mengajak Nurin Aninah sebagai kawannya nanti. Terasa sayu pula apabila 
lelaki ini hendak pergi meninggalkannya.
“Mana-mana awaklah Imran. Mana yang baik saya ikut awak saja.” jawabnya. Imran 
sudah mendekatinya. Dia duduk di kerusi meja solek itu berasa tidak selesa pula.
“Rambut Sara sudah semakin panjang, jangan potong tahu. Abang suka rambut sayang begini.” kata lelaki muka beku ini sambil membelai rambutnya. Dia terasa geli pula. 
Semakin pula lelaki ini mengelus-ngelus rambut yang sepanjang bahu ini.
“Awak ni dah tukar topik kan?” soalnya pula terasa dadanya bagaikan berdendang 
lagu yang tidak menentu lagi. Lelaki ini ada-ada idea hendak mengganggu dirinya.
“Abang rasa tak perlu lah sayang nak menghantar abang. Lagipun sayang kan ada 
exam lagi minggu depan kan? Ada baiknya sayang belajar lagi. Janganlah menyusahkan sayang. Abang boleh balik sendiri nanti!” kata Imran berbisik di telinganya. Dia pandang muka beku suaminya ini. Betulkah?
“Tak menyesalkah kalau saya tak menghantar awak?” soalnya mengenyitkan 
matanya. Lelaki itu mengangguk. Dia yakin dengan keputusannya. Dia pula yang 
terasa sedih nanti jika melihat suaminya bakal meninggalkannya sekali lagi. Namun dia tidak boleh menghalang suaminya. Lelaki ini banyak komitmen lain di tempat kerjanya. 
“Abang tak menyesal. Abang akan hantar sayang ke rumah sayang dulu, baru abang pergi ke airport nanti. Sayang belajar lah ya. Ini pun dah final exam. Abang minta maaflah kalau kedatangan abang ke sini menyusahkan sayang.” kata Imran dengan keyakinan sambil mengelus rambutnya. Tiba-tiba telefon lelaki muka beku ini berbunyi. Agak jarang telefon lelaki ini berbunyi. Dia selalu menyediakan dalam mood senyap sahaja. 
“Tak apalah, mungkin ada juga hikmahnya.” katanya bersedia memaafkan suaminya. Dia kasihan kepada suaminya. Dia tidak mahu berhabisan menyalahkan suaminya. Selama ini terlalu banyak yang dia buat sehingga menyakitkan hati suaminya. Apa kata mereka berdamai pula. Kan….
“Alhamdulillah, terima kasih sayang kalau sayang sedia memaafkan abang.” kata 
Imran. Dia mengangguk dan memejamkan matanya apabila lelaki muka beku ini 
sudah mengucup kepalanya. 
“Jangan nak lebih-lebih pula ya.” katanya perlahan. Suaminya sudah memeluk bahunya. Dia pula masih 
memejamkan matanya. 
“Abang keluar sekejap ya.” kata Imran memohon izinnya. Dia hanya mengangguk. 
Berasa lega jika lelaki ini mahu keluar dari bilik mereka ini. Ini akan memberikan ruang untuk dia belajar lagi.
“Ya saya hendak mandi sekejap Imran.” katanya.
“Aduhai melepaslah abang!” dia ketawa. Lelaki ini bergurau lagi dengannya. 
 ***
“Assalamualaikum papa.” kedengaran papanya di hujung talian. Papanya menyambut 
salamnya. 
“Ya agak lama juga saya cuti papa. Maklumlah lama juga saya tak jumpa Sara.” katanya. Kedengaran tawa papanya di hujung talian. Papanya faham akan apa yang berlaku 
kepada mereka. 
“Kenapa papa?” soal Imran. 
“Imran harus balik segera ke sini.” kata papanya. Dia memang sudah membeli tiket 
balik ke Kota Kinabalu. Minggu depan cutinya sudah habis. Walaupun berat hati 
meninggalkan isterinya namun dia tidak ada pilihan, dia harus balik juga untuk 
meneruskan kerjanya di sana. 
“Kenapa papa? Ada masalahkah syarikat kita?” soalnya cemas. 
“Memang ada.” kata papanya. 
“Saya balik dua hari lagi papa. Lusa saya balik. Apabila saya balik nanti, semua kerja saya yang terbengkalai tu semua saya akan buat. Papa jangan risau.” jawabnya berjanji 
akan fokus kepada kerjanya selepas dia balik dari Kuala Lumpur.
“Papa rasa Im harus buat siasatan di bahagian kewangan kita. Pergerakan wang 
terlalu banyak yang sort. Papa rasa ada kesilapan tadbir di situ Im. Itu yang papa nak cakap kat Im.” kata papanya yang risau mengenai pergerakan kewangan syarikat. 
“Begini papa, nanti saya akan meminta laporan kewangan kita untuk tiga bulan 
terakhir ini daripada Alex.” katanya. Selama ini ada dua orang akauntan di pejabat 
mereka. Tetapi dia lebih rapat dengan Alex. Mungkin sebab Alex lebih muda lagi.
“Ok. Lagi satu Im.” kata papanya. Dia terjeda sedikit. 
“Apa dia papa?” soalnya. Dia tidak sabar hendak mendengar apa yang papanya 
hendak cakap selepas ini. 
“Projek hijau di Sandakan tu…” kata papanya lagi. Terbayang projek hijau yang 
mereka sedang buat di situ. 
“Kenapa dengan projek itu papa?” soalnya. Projek itu diamanahkan kepada anak 
saudara papanya, Ismail untuk memantau pergerakan kemajuan projek di situ. Apa 
lagi masalahnya? Setahunya Ismail sangat cekap dalam membuat kerjanya. Setiap minggu dia melaporkan kemajuan di situ. Ia dijangka siap dalam tempoh enam bulan lagi.
“Macam ada yang tidak kena. Papa hanya mahu Imran buat tumpuan lebih banyak ke projek itu. Sebab jika projek itu berjaya kita akan dapat beberapa projek lagi untuk projek di tempat lain.” kata papa. 
“Papa, takkan papa tak percaya dengan Ismail?” soalnya. Papanya diam. 
“Bukan tak percaya. Tapi papa hanya minta Im buat pemantauan lebih. Lepas ni 
nanti Im pergi ke situ. Buat lawatan secara mengejut ke situ.” kata papanya. Dia mengangguk. 
“Baik papa. Papa dan mama sihat kan?” soalnya pula. 
“Mama tu begitulah. Papa ni alhamdulillah. Tapi bagaimana dengan menantu papa, 
dia sihat tak?” Imran ketawa kecil.
“Menantu pula papa tanya. Anak papa tak tanya pula ya?” soalnya. Papa ketawa 
kecil.
“Sampaikan salam papa kepada Sara.” kata papanya pula.
 “Ya papa. Sara sihat saja papa. Sampaikan salam untuk mama ya papa. Tak lama 
lagi saya balik.” katanya. Dia memberi salam sebagai menutup perbualan mereka. 
 ***
“Siapa yang telefon?” soalnya kepada suaminya yang masuk ke bilik mereka dengan 
senyuman manis. 
“Papa yang telefon. Dia kirim salam.” jawab lelaki muka beku itu. 
“Apa hal? Ada masalahkah?” soalnya. Lelaki itu menggeleng.
“Papa tanya kenapa saya tak hubungi mereka. Dia kirim salam kat menantunya.” 
kata Imran. Dia mengangguk dan menjawab salam dalam diam.
“Oh macam tu.” katanya. 
“Papa marah awak lambat balik?” soalnya. Lelaki muka beku itu menggeleng.
“Taklah. Dia cuma tanya khabar kita saja.” kata Imran. Dia mengangguk.

Sunday, November 13, 2016

3 ENOVEL HARGA RM28


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA,

HARI INI SAYA NAK JUAL 3 ENOVEL IAITU; 

1. CINTA SANG PILOT

2. ISYARAT CINTA

3. KUIMPIKAN BAHAGIA

AKAN DIJUAL DENGAN HARGA RM28.00 DENGAN SYARAT MEMBELI SEMUA ENOVEL YANG SAYA TAWARKAN. TAWARAN INI HANYA SAH SEHINGGA 28 NOVEMBER 2016. 

JIKA NAK MEMBELI ENOVEL-ENOVEL DI ATAS BOLEHLAH EMEL SAYA DI ALAMAT imanasuha@yahoo.com UNTUK PERTANYAAN LANJUT.


TERIMA KASIH.



Sunday, September 4, 2016

ENOVEL CINTA

ASSALAMUALAIKUM

SESIAPA YANG HENDAK MEMBELI ENOVEL-ENOVEL DI DALAM BLOG INI, INILAH MASANYA. ENOVEL YANG ADA IALAH:

1. CINTA SANG PILOT - RM15

2. ISYARAT CINTA - RM15

3. KUIMPIKAN BAHAGIA - RM15

JIKA BELI SEMUA RM40.00 SAHAJA.


EMELKAN KE imanasuha@yahoo.com UNTUK TUJUAN PEMBELIAN. TK