Thursday, October 16, 2014

Novel Salwa Maisara Bab 18

Bab 18

Ah, kenapa dia bertindak berani dengan gadis yang juga isterinya itu? Sepatutnya dia tidak mahu menakutkan isterinya itu. Sebenarnya dia hanya geram dengan sikap isterinya yang menunjukkan keberaniannya bercakap-cakap dengan cukup mesra dengan lelaki lain. Dia yakin lelaki yang dia kenalkan sebagai kawan sekerjanya itu adalah lelaki yang mempunyai niat hendak memperisterikan isterinya itu. Dia yakin dari cara pandangannya kepada isterinya itu.
Kenapa isterinya boleh memberikan kenyataan mereka tidak ada hubungan apa-apa atau mereka hanya kawan biasa. Dia tidak percaya. Sampai mati pun dia tidak akan percaya. Itu memang sudah ternoktah dalam dirinya yang isterinya itu bukan isteri yang baik. Isteri yang kuat berpura-pura. Baharu sahaja kahwin dia sudah tahu siapa isterinya! Ah, menyakitkan!
Ah, cemburukah dia? Bukankah selama ini dia memang mahu tinggal asing-asing dengan isterinya itu. Asing-asing maksudnya bukan mereka memutuskan hubungan suami isteri mereka. Mereka masih suami isteri yang sah tetapi dari cara penerimaan isterinya itu dia tahu isterinya pun rasa terpaksa menerima dia dalam hidupnya. Jadi apa salahnya buat sementara waktu ini mereka tinggal asing-asing dan tidak perlu mereka hidup bersama dahulu. Tetapi apa yang gadis itu buat di belakangnya? Belumpun lama mereka berpisah, gadis itu sudah buat hal kepada di belakangnya. Bagaimana dia mahu mempercayai gadis itu?
Siapa yang tidak sakit hati? Mahu sahaja dia musnahkan gadis itu tetapi dia masih ada rasa perikemanusiaan kepada isterinya itu. Jadi dia sabarkan hatinya. Isterinya itu sepatutnya sudah dihukum. Tetapi dia tidak menyangka pula dengan nafsunya sendiri sehingga dia sendiri hampir sahaja menyentuh gadis itu. ah, nasib baik dia masih mengawal sabarnya. Jika tidak, sudah habis dia kerjakan isterinya sebentar tadi. Peluh dingin di dahinya membuktikan dan dia masih ingat akan sebuah kesabaran walaupun hanya berbaki sedikit sahaja.
Dia masih teringat lagi wajah cantik isterinya itu hampir kelemasan apabila dia mengucup bibir isterinya itu tanpa sengaja tadi. ah, entah kenapa dia tergamak berbuat demikian. Meronta-ronta tubuh kecil itu tanpa dapat menolaknya. Ah, terima ajelah Salwa! Bisiknya.
Sebenarnya dia tidak berniat hendak menakutkan isterinya begitu. Dia tidak sampai hati sebenarnya. Dia masih ada belas kasihan. Itulah sebabnya dia mahu tinggal berasingan dengan isterinya itu, dia mahu isterinya bersedia menjadi isterinya seperti mana dia. Dia juga sedang menyediakan dirinya menjadi suami yang bertanggungjawab untuk isterinya. Namun lain yang direncana lain pula yang berlaku. Entah kenapa dia hampir sahaja terbabas sebentar tadi.
Kalau dia terbabas dia tidak tahu bagaimana hendak memohon kemaafan kepada isterinya itu. Namun, sedikit terbabas pun dia rasa sedikit bersalah namun dia tidak mahu menunjukkan rasa bersalah kepada isterinya itu. Dia mahu mengajar isterinya itu. Ah, kenapa dia harus terluka mengenang isterinya itu? Mengenang dia dengan kekasihnya! Ah, mereka memang seperti pasangan kekasih!
Natalie Juliana di mana? Soalnya kepada dirinya sendiri. Dia hubungi gadis itu sejak semalam. Kononnya semalam, dia mahu menemui kekasihnya itu. Namun apa yang menghampakannya apabila gadis itu tidak dapat dihubungi. Entah ke mana dia pergi. Dia tahu kekasihnya memang selalu sibuk tetapi dia tahu kekasihnya selalu hadir untuk dirinya. Kenapa sejak dua malam yang lalu, dia tidak dapat menghubungi gadis itu? Ke mana dia? Soalnya sendiri. Ah, resahnya menjadi-jadi. Malah dia menjadi berburuk sangka kepada kekasihnya itu.
Mana lagi mengenang isteri, mengenang perniagaannya, sekarang dia mengenang kekasihnya pula. Ah, jangan-jangan gadis itu pun mempunyai kekasih lain selain dirinya. Siapa yang mahu menjadi orang kedua dalam hidup seseorang. Dia sendiri tidak mahu menjadi orang kepada isterinya. Ah, begitu jugakah perasaan Natalie Juliana kepadanya? Jadi, sekarang dia bersenang-lenang dengan kekasihnya? Mana boleh kalau begitu? Kenapa semua orang berpaling tadah?
Salwa Maisara. Ah sebuah nama yang indah. Ke mana gadis itu menghilang. Dia pula sengaja menghilangkan dirinya seketika daripada bertentangan mata dengan isterinya itu. hampir-hampir dia tidak mampu mengawal dirinya tadi. Kalau dia tidak mampu mengawal tadi dan gadis itu membalasnya dia yakin sudah terjadi sesuatu antara mereka. Nasib baik isterinya itu meronta-ronta. Dia kasihan pula kepada isterinya.
Ah, ampunkan aku Ya Allah.
Kenapa pula gadis manis itu wajahnya menari-nari di matanya? apa yang sudah berlaku ya? Takkan semudah itu dia jatuh cinta kepada isterinya yang kononnya bukan tastenya! Tetapi kalau Allah menghendaki, bagaimana pula? Jangan-jangan sejuta kali dia akan jatuh cinta lagi kepada isterinya itu! benarkah? Dia mana tahu. Semuanya memang kuasa Tuhan. Dia hanya menyerahkan kepada takdir Allah.
Bagus juga kalau dia jatuh cinta kepada isterinya sendiri. Tak perlu dia sibuk cari-cari di luar!