Friday, January 17, 2014

Novel Kuimpikan Bahagia Bab 13

13


Nuha Qarina sudah berada di sisi Aliff Safwan. Wajah lelaki itu sudah ceria sedangkan wajah Nuha Qarina semakin sayu. Entah kenapa perasaannya jadi begitu, dia sendiri berasa sukar.
            “Nuha, kereta Nuha tu dah lama tak dipakai. Kalau ada masa, Nuha startkan enjinnya ya. Kalau Nuha tak berkenan dengan kereta tu, abang boleh tukar yang baru ya!” kata Aliff Hakimitiba-tiba. Bibir yang mengganggu bibirnya sebentar tadi dicemuhnya. Nuha Qarina benar-benar ingin marah dengan sikapnya yang terburu-buru.  Terpana Nuha Qarina dengan pelawaan itu. Nuha Qarina semakin takut rahsia yang disimpannya akan diketahui oleh lelaki itu.
            “Tak, tak. Jangan susah kan diri kerana Nuha! Nuha tak perlukan kereta tu. Nuha kan dah ada kereta!” katanya menolak lagi. pandangannya dihalakannya ke luar. Dia bagaikan tidak mahu memandang wajah suaminya itu.
            “Nuha kita singgah minum sekejap ya. Kita minum kat Promanade CafĂ© ya!” Kata Aliff Hakimimemujuk isterinya itu. Itulah tempat yang disukai oleh lelaki itu. Tempat itu agak privacy dan jauh dri kesibukan.
            “Tak apa kah kalau kita minum di Restoran BBM ke, atau di mana-mana?” soalnya pula sekali lagi cuba menolak. Lelaki itu gelak apabila mendengar dia menyebut restoran kegemarannya.
            “Boleh, kat mana yang Nuha sukalah!” katanya memperlahankan perjalanan keretanya.
            “Tak apalah, biar Nuha ikut awaklah kali ini!” katanya perlahan. Ada sesuatu yang dibimbangkannya.
            “Apa hal mustahak yang abang nak jumpa sangat ni?” soalnya tiba-tiba. “Bukankah dulu sudah muktamad, Nuha tak akan bersama abang lagi! Kankah abang nak kahwin lain! Abang kahwinlah, saya sedia tanda tangani boring poligami kalau awak tak nak ceraikan saya! Bila awak nikah?” soalnya lagi. Terpinga lelaki itu seketika.
            “Nuha, boleh tak kalau kita tak bincang hal tu? Bukankah kita masih suami isteri, kenapa benda tu nak dipersoal? Kankah abang masih ada hak terhadap Nuha? Hak nafkah zahir dan….” Bulat mata Nuha Qarina.
            “Sudah! Jangan awak nak mengada-ada! Tapi, kalau abang masih waras tentu abang masih ingat apa yang katakan dulu? Nuha tak mahu berebutkan abang. Nuha boleh mulakan hidup baru sekarang ni! Nuha  tak mahu kembali kepada hidup yang lama dan menderita. Nuha pun ada hak nak hidup bahagia macam orang lain! Kenapa abang nak ganggu hidup Nuha lagi? mana sudah kekasih abang?” soalnya brtalu-talu. Nuha Qarina tidak peduli dengan penerimaan lelaki itu.
            “Nuha, abang cari ni sebab mama nak jumpa menantu dia!” katanya perlahan. Jumpa emak mertuanya yang agak cerewet itu? Namun dia tidak boleh menuduh, selepas kahwin mereka tidak pernah bertemu. Wanita itu pun tidak pernah menghubunginya.
            “Sebab mama saja abang cari Nuha? Kenapa mama abang? Apa yang berlaku kepada dia?” soalnya kehairanan. Tidak pernah emak mertuanya mencarinya selama ini. Setahunya emak mertuanya tidak mempedulikannya selama ini. Ah, mungkin ini cuma alasan lelaki itu hendak memerangkapnya. Dia tahu lelaki ini penuh dengan alasan.
            “Nuha, abang ni memang dah lama rindukan Nuha! tu lah abang cari Nuha! bukan sebab mama! Dulu pun, abang ambil Nuha sebagai isteri sebab abang memang tertawan kepada Nuha buat pandangan pertama. Jangan tuduh abang cari Nuha kerana mama tapi kerana hati abang ni!” katanya tegas di pendengarannya. Bagai ada sesuatu yang salah di anak telinganya. Makin membulat matanya dan jantungnya seperti buat hal. Sakit pula hatinya.
            “Entahlah, mungkin awak ni sudah nyanyuk agaknya Aliff! Malas saya nak layan awak ni!” katanya geram lalu memilih untuk berdiam diri.
            “Memang abang dah nyanyuk dan gila! Segala-galanya kerana awak Nuha! awak percaya tak? Saya sangat kehilangan awak! Oh ya, malam ni mama ada buat sedikit jamuan untuk menyambut menantunya, jadi, malam ni abang jemput Nuha jam 7.30 malam ya. Mama nak kenalkan dengan saudara-mara yang lain!” katanya mengingatkan mengenai jemputan mamanya itu.
            “Sudah kahwin dekat empat bulan baru emak abang nak buat majlis, eh tak payahlah nak susah-susah! Terima kasih ler!” kata Nuha Qarina menolak rancangan emak mertuanya itu.
Nuha Qarina menghalakan nafas peritnya. Rasanya, dia sudah ada jamuan lain tatkala jamuan di rumah keluarga mertuanya itu diadakan. Ah, apakah yang harus diberitahu kepada lelaki itu? Perlukah dia meminta kebenaran?
“Kan selama ini abang sibuk? Mama abang tunggu abang tak sibuk barulah dia buat majlis. Maafkanlah abang ya, sebab selama ni tak prihatin kepada isteri abang sendiri,” hampir sahaja dia mengalirkan air matanya. Sesungguhnya dia tidak mahu pihak keluarga lelaki itu menyusahkan mengadakan majlis segala hanya untuk dirinya.
“Buatlah untuk isteri abang yang satu lagi!” katanya berterus-terang. Sakit hatinya. Pengakuan berani suaminya ketika mereka berada di luar Negara hari itu sungguh menyayat hati. Isteri mana yang sudi dimadukan pada saat pernikahan baru beberapa hari dan inai di jari masih merah lagi? Siapa mahu? Dia terdengar dengusan nafas pedih suaminya. Itu lah hakikatnya. Hakikatnya dia yang terluka dan lelaki itu hanya tahu mencipta luka untuknya. Sekarang dia datang lagi dan cuba menyakitkan hatinya semula. Ah, dia mati akal kini.
“His, mana ada! Malam ni abang jemput ya?” itu sahaja jawapannya jika dia mengajukan mengenai isteri barunya. Apa yang sebenarnya berlaku, dia sendiri tidak tahu. Mahu bertanya dengan lanjut dia berasa segan pula. Biarlah mereka dengan dunianya dan dia dengan dunianya yang tersendiri.
            “Nuha tak boleh malam ni bang! Nuha ada hal!” katanya menolak. Malam ini dia ada hal penting bersama kawan-kawan sekerjanya. Bagaimana dia hendak menurut permintaan suaminya?
            “Tapi, jamuan tu dah dirancang lebih awal dan abang pun sudah bagi tahu lebih awal!” kata Aliff Hakimi mempertahankan jemputannya. Dia tidak mahu peduli berapa orangpun jemputan mertuanya. Dia tidak akan peduli. Dia sudah mempunyai perancangan sendiri. Ada aku kisah?
            “Abang, faham tak kalau ada hal? Nuha tak boleh malam ni! Hal itu sudah dirancang dua minggu yang lalu. Faham?” katanya perlahan. kepalanya digelengkannya.
            “Saya tak faham, kenapa Nuha lebih menyayangi hal lain berbanding keluarga mertua awak sendiri! Malah, mama dah atur sekian lama.” Katanya lagi. Dia angkat kening. Mereka bertatapan seketika. Tetapi dia cepat-cepat menundukkan mukanya ke lantai. Lelaki ini cuba mempengaruhinya dengan pandangannya. 
            “Tapi, abang baru jumpa dengan saya semalam! Semalam tu lamakah berbanding dua minggu yang lalu atau empat belas hari yang lalu?” kata Nuha Qarina menuntut kefahaman lelaki itu. Tergeleng-geleng lelaki itu. Apakah mahunya lagi?
            “Tak apalah kalau macam tu! Nuha nak ke mana malam ni, boleh abang hantarkan!” katanya mempelawa diri. Dia gugup seketika mendengarkan kata permintaan lelaki itu.
            “Tak apalah. Saya boleh pergi sendiri. Saya bukannya biasa dihantar oleh sesiapa! Saya biasa hidup begini! Kirim salam dengan Datin Hamidah dan Datuk Othman ya!” katanya perlahan. Sebak semakin menguasai diri. Aliff Hakimi kemudiannya mendiamkan diri dengan pengakuannya itu.
Jamuan yang diatur oleh keluarga Aliff Hakimi bertembung dengan jamuan yang diadakan oleh pihak sekolahnya. Kereta yang dipandu Aliff Hakimimeluncur laju akhirnya menuju ke destinasi yang telah dirancangkan.
            “Abang nak hantar pun awak tak sudi?” soal Aliff Hakimiseperti merajuk. Dalam kesibukan akalnya memikirkan perjalanannya yang habis diuruskan, dia tidak sempat memikirkan bagaimana caranya memujuk lelaki di sisinya itu.
            “Saya tak perlu dihantar oleh sesiapa Aliff! Selama ini pun saya hidup sendiri. Saya tak percayakan awak lagi! sudahlah turunkan saya di sini! Saya tak mahu awak datang lagi mencari saya!” katanya meminta. Namun, dia tahu lelaki itu tidak akan melepaskan dirinya semudah itu.
            Nuha Qarina mengesat airmatanya tatkala kereta lelaki itu sudah berada di hadapan Hotel Promanade. Sesekali kenangan pertemuan pertama terkesan juga di mata ingatnya. Namun, dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya.
            “Mari sayang kita turun.” Kata Aliff Hakimi yang sudah menyerahkan kunci kepada pembantu di hotel tersebut. Layanan pihak hotel itu membayangkan suaminya itu adalah pengunjung setia hotel tersebut. Aliff Hakimi sudah membukakan pintu kereta untuknya dan dia pura-pura mesra di hadapan pekerja hotel tersebut. Senyumannya dimaniskan semata-mata dia tidak mahu lelaki itu berasa malu di hadapan mereka. Aliff Hakimi mengenyitkan mata kepadanya, sekali lagi dia membalasnya dengan  senyuman paling menawan.