Thursday, April 23, 2015

Saat Cinta Membara Bab 11

Bab 11

Balik tergesa-gesa. Lelaki itu sudah belikan tiket baru untuknya. Namun mereka tidak balik sama-sama. Dia tidak mahu hendak balik bersama-sama dengan lelaki itu. Sakit hati. Beritahu nurin. Teringat Juriah yang masih mentah tetapi kuat menghadapi takdirnya.
“Saya nak balik Imran.” Katanya selepas mereka minum di restoran makanan segera itu. Pilihan makan lelaki ini memang tidak disukainya langsung namun dia sudah tidak mahu membantah. Biarlah lelaki ini memilih makanannya sendiri. Menurutnya dia tidak tahu di mana hendak mencari tempat makan yang baik di sini. Dia juga tidak berselera hendak menunjukkan mana-mana tempat kepada suaminya.
Tindakan Airil Amar masih menyebakkan hatinya. Dia tidak menyangka kalau sahabat baiknya selama ini akan berpaling tadah kepadanya. Sudah berpuluh missed call daripada Airil Amar di telefonnya namun dia buat tidak dengar.
“Nak balik mana? Bilik abang?” soal lelaki itu. Berdenyut jantungnya. Dia tidak mahu memandang wajah suaminya itu. Sejak tadi dia sudh tidak perasan yang mereka berpelukan.
“Taklah rumah sewa saya.” Jawabnya lesu. Lelaki itu menggeleng.
“Tak boleh. Abang ni datang sini semata-mata nak jumpa isteri abang, takkan nak biarkan abang sendirian pula. Hmm, lelaki tadi tu sapa bagi isteri abang ni?” soalan terakhir itu menambah denyutan di jantungnya. Lelaki ini agak bijak memerangkap dirinya.
“Dia tu kawan saya lah!” lelaki itu ketawa. Dia pula kecilkan matanya memerhatikan lelaki itu ketawa. Tahu sangat dia. Lelaki itu ketawa dibuat-buatnya.
“Kawan sampai masuk dalam bilik hotel sama-sama? Kalau dengan abang tak pelah, memang suami isteri. Ni pun isteri abang tak ikut abang ke bilik abang. Apa cerita sebenarnya ni?” soal lelaki itu. Dia diam. Mencari kekuatan.
“Apa cerita ni sayang abang Sara?” soalnya lagi setelah dia mendiamkan diri. Memang dia tidak kuat hendak menceritakan mengenai lelaki kaca mata tebal itu.
“Mana ada cerita! Saya kata dia kawan baik di U, awak tak faham?” katanya meninggikan suaranya. Memang sepatutnya dia tidak buat begitu.
“Faham? Mana abang nak faham.” Katanya pula masih berdolak dalik dengannya.
“Dia tu kawan baik saya. Dia tu dah nak perangkap saya! Samalah macam awak perangkap saya kahwin dengan awak dulu!” katanya mengenakan suaminya. Lelaki itu tersenyum. Kemudian lelaki ini memegang tangannya pula.
“Abang tak perangkap sayang. Abang beritahu ibu bapa abang mengenai sayangnya abang kepada sepupu abang sendiri dan ibu bapa abang ajukan kepada ibu bapa sayang. Mereka dah sepakat kahwinkan kita. Itu bukan cadangan abang.” Marak matanya. Semudah itu sahaja? Kemudian mereka dinikahkan?
“Itu bukan perangkap?” katanya lagi. Lelaki itu menggeleng.
“Memang dah jodoh kita sayang. Sekarang jawab soalan abang pula. Jangan nak asyik menyesal dengan jodoh yang telah tertulis untuk kita berdua. Kenapa sayang lebih percayakan kawan daripada suami sendiri?” ah, dia memang tidak ada jawapan untuk soalan itu. Dia memang kena minta maaf dengan suaminya.
“Awak, saya bukan isteri yang baik untuk awak. Kalau awak benar-benar marahkan saya, awak lepaskan saya. Lelaki tadi memang kawan baik saya tetapi bukan calon suami saya. Percayalah awak.” Katanya perlahan. Berkunang-kunang matanya. Bukan apa, air suam bertakung di matanya. Lelaki itu mengusap-usap tangannya. Apa kuasanya hendak melarikan tangannya dari tangan lelaki itu.
“Jangan cakap macam tu sayang. Abang hanya nak tahu. Salahkah suami sendiri hendak tahu mengenai teman isterinya?” dia menggeleng. Memang tidak salah sebenarnya. Namun, ia sudah membayangkan betapa buruknya sikapnya di belakang pengetahuan suaminya.
“Saya bukan isteri yang baik awak.” Katanya lagi. Lelaki itu menggeleng.
“Sayang, jangan cakap macam tu. Sayang isteri abang. Abang hanya nak tahu aje.” Katanya mengulangi kemahuannya dijawab.
“Dah saya beritahu. Terpulang sama ada awak nak percaya kat saya atau tidak. Lelaki itu memang kawan baik saya sejak di tahun pertama. Tapi saya tak pernah keluar berdua-duaan dengannya. Kami selalu berjalan dengan kawan-kawan perempuan saya. Entah tadi, apa yang merasuk saya, saya terus terima pelawaan dia.” Katanya menceritakan hal yang sebenarnya.
“Sebenarnya saya tak nak jumpa awak!” katanya pula. Wajah lelaki itu bertukar kelat.
“Saya tahu sayang tak sukakan saya tetapi janganlah sampai buat saya macam tu!” katanya. Dia menundukkan pandangannya.
“Saya minta maaf.” Katanya. Lelaki itu mengangguk.
“Abang percayakan sayang. Abang tahu sayang pandai jaga maruah abang dan diri sayang sendiri. Itulah yang menyebabkan abang sayangkan sayang sejak dulu. Jangan nangis lagi.” Katanya sudah mengusap air mata yang berlinangan di pipinya. Dia hendak mengelak tetapi dia tidak sampai hati.
“Kita baliklah sayang. Sebenarnya abang masih agak penat lagi baru sampai awal pagi tadi. Mari kita ke bilik abang.” Katanya. Dia mengangguk kali ini. Sebenarnya kalau diikutkan perasaannya dia tidak mahu pergi ke bilik suaminya. Namun apakan daya lelaki ini suaminya.

Mereka berjalan beriringan menunggu teksi di depan jalan ini.