Saturday, May 10, 2014

Novel Cinta Sang Pilot 25

Bab 25



Aku merenung bulan yang mengambang terang dan bersinar cantik di angkasa sana. Aku duduk di balkoni selepas berbincang dengan ahli keluarga tadi. perbincangan yang menyesakkan dadaku. Aku tidak sangka keputusan mama begitu menduga imanku sekali. Alangkah ngerinya kehidupanku pada musim cuti sekolah ini. Entah apa lagi yang mereka hendak buat kepada kami selepas ini, aku pun tidak tahu.
            “Kenapa duduk di luar malam-malam macam ni?” soal Nukman Faris membisik di telingaku. Aku geleng. Aku mahu menangis di hadapannya agar dia faham yang aku tidak setuju dengan cadangan ibu bapa kami. Namun, mahukah Nukman Faris menyatakan ketidaksetujuannya kepada ibu bapanya? Sedangkan tadi dia sudah setuju dengan sebulat hatinya? Benarkah dia setuju dengan sebulat hatinya?
            “Saya tak setujulah Nukman,” kataku perlahan. Aku menarik nafas payah. Aku dengar nafas Nukman Faris juga. Agak sukar hendak membantah cadangan mereka.
            “Ayuh kita masuk. Sejuk ni, tak elok untuk kesihatan anak dalam kandungan Tasya,” katanya yang sudah menarik tanganku. Dia sudah mendudukan aku di birai katil yang berhias cantik itu. siap dengan hiasan katil pengantin. Mama, Datin Zahara sentiasa inginkan kesempurnaan kepada anaknya ini. Aku hanya tumpang sekaki melihat keindahan di dalam bilik Nukman Faris yang berhias cantik ini.
Aku terpaksa ikut juga kata-katanya. Namun aku masih tetap tidak puas hati dengan persetujuannya sebentar tadi.
            “Kita ikut ajelah apa yang mereka mahu tu Tasya, saya rasa kita tak rugi juga. Sebab kita pun sepupu. Ia dapat mengeratkan silaturrahim antara kita. Selama ni kita lama tak jumpa.” Kata Nukman Faris. Aku membulatkan mataku memandangnya. Apakah aku tidak salah dengar?
            “Mengeratkan silaturahim? Apakah dengan cara begini?” kataku terkejut. Aku takut ada sesuatu berlaku kepada hatiku sendiri dan aku tidak dapat menolaknya. Dia pula tidak apa, dia sudah ada kekasih. Sedangkan diriku ini bagaimana kalau selalu dekat dengannya dan akhirnya jatuh cinta kepada sepupuku sendiri? Apa yang akan aku buat? Kenapa lelaki ini tidak mahu fikir panjang?
            “Jadi, bagaimana lagi? Apa yang saya boleh buat untuk menolak cadangan mereka Tasya? Apakah kita membantah kata-kata mereka dan kita masing-masing bermasam muka dengan ibu bapa kita sendiri? Macam tu?” soal Nukman Faris. Aku termangu. Banyak sekali aku termenung panjang sejak tiba di kediaman rasmi Datuk Norman ini.
            “Bukan macam tu,” kataku dengan muka masam. Nukman Faris menunggu jawapanku dengan resah.
            “Jadi?” soalnya memerlukan jawapanku. Aku memang tidak setuju dengan cadangan ibu bapa kami. Namun aku tidak tahu bagaimana hendak membuat bantahan. Pasti Nukman Faris tidak akan setuju.
            “Saya pun bingung Nukman. Saya sebenarnya nak tinggal aje di rumah sewa saya tu dengan Shamira. Banyak asignment yang kami kena bincangkan bersama, tapi kalau dah mereka masuk campur saya tak boleh nak kata apa lagi! Saya takut pula sekarang ni! Banyak benda yang saya takutkan!” kataku kepada Nukman Faris.
            “Senang aje, lepas kuliah tu pergi lah ke rumah sewa dan buat perbincangan. Saya akan temankan,” aku angkat kening. Kenapa lelaki ini terlalu baik?
            “Awak ni kenapa nak buat baik sangat kat saya?” soalku kehairanan. Dia pegang tanganku. Dia mula lagi dengan tingkah yang disukainya iaitu memegang tanganku dan mengucupnya perlahan-lahan. Apa yang aku tidak suka, dia seperti tidak segan silu mengucup tanganku dan memanggilku sayang di depan orang tua kami. Aku sebenarnya hendak menarik tanganku tetapi dia seperti sudah mengunci tanganku agar aku tidak dapat melepaskan diri.
            “Baik?” soalnya. Aku angguk. Aku benci dia selalu mengembalikan soalanku dengan soalan juga.
            “Ya awak kenapa baik sangat kat saya? Lebih baik awak teruskan berbuat jahat kepada saya dan jangan layan saya baik-baik,” kataku kepadanya. Dia sudah ketawa. Apakah itu ketawa yang dibuat-buat? Apakah dia tertekan sama sepertiku?
            “Tasya sayang, awak kan sepupu saya. Tak elok saya nak layan awak jahat-jahat macam dulu. Saya dah boleh terima awak sebagai sepupu saya. Awak sepatutnya bersyukur,” katanya. Aku mula resah dengan jawapannya.
Hanya kerana aku sepupunya maka dia melayan aku dengan baik-baik? Jawapan itu sebenarnya lebih menyakitkan aku kemudian hari. Kenapa tidak dia buang sahaja aku sekarang? Tidaklah aku terjatuh perasan suatu hari nanti!
“Oh, kerana kita sepupu? Pegang-pegang macam ni sepupu dibolehkan lah ye?” soalku yang masih keliru dengan jawapannya. Dia angguk dan ketawa. Berseri-seri wajah lelaki kacak itu. apakah itu seri pengantin?
“Taklah macam tu. Kita kan sudah halal, kenapa tak boleh bersentuhan?” soalnya pula. aku kesal. Dia seperti mengambil kesempatan ke atasku kerana pernikahan kilat kami ini. Alangkah sedihnya aku.
“Sepatutnya awak mengharamkan diri awak menyentuh kulit saya, sebab kalau kita dah cerai nanti, tak siapa yang nakkan saya ni dah! Sebab saya ni dah diganggu!” dia ketawa mendengar jawapanku. Aku lupa yang aku hampir dapat disentuh oleh Amri. Nasib baik Shamira menyelamatkan aku. Kalau tidak, aku tidak tahu apa yang aku katakan. Aku sungguh kesal sekali. Ada juga manusia yang bertopengkan keagamaan untuk membuat kejahatan. Bencinya aku dengan Amri.
“Awak ni kelakar lah Tasya. Tapi suka hati saya lah nak sentuh atau tidak kat awak, awak kan isteri saya!” katanya pula. kali ini dia menggunakan tiket isteri pula untuk menyentuh aku. Tadi dia menggunakan tiket sepupu kerana bermesra dan tinggal serumah denganku. Eh, aku bingunglah dengan keadaanku ini.
“Awak yang kelakar! Apa sahaja arahan mama awak, awak nak terima! Awak ni peliklah Nukman!” kataku yang hampir sahaja memarahi dia. Dia ketawa lagi. Apakah benar aku berlawak di depannya? Aku sebenarnya bersungguh-sungguh mahu menolak cadangan mamanya tetapi dia cakap aku lawak pula. memang sakit lelaki di depanku ini.
“Kita ikut ajelah apa yang mama dan mak kita nak. Kita cari jalan macam mana nanti. Janganlah nak sedih-sedih dan nak memberontak pula. mereka ibu bapa kita yang melahirkan kita ke dunia ini. Mereka tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan nak membantah-bantah pula. apa pula cakap kita ni kalau nanti kita jadi ibu bapa? Jadi, sementara mereka masih sihat dan bernafas ini, kita ikutlah cakap ibu bapa kita, jangan ada kesalan di hati!” kata Nukman Faris seperti seorang ustaz yang memberikan tazkirah kepada anak didiknya. Aku angguk perlahan-lahan.
“Awak disuruh pegi honeymoon pun awak nak! Apa ni Nukman? Saya tak nak pergi honeymoon!” kataku.
“Apa yang susahnya? Kalau kita diberikan tiket honeymoon kita pegi ajelah. Apa yang susah! Kita jalan-jalan tenangkan fikiran!” katanya. Aku pula seperti hendak berteriak mendengar jawapannya yang selamba itu.
“Saya tak nak macam tu! Kalau ada tiket tu, senang aje, awak tukar nama saya kepada Rozaila, tak perlu saya nak susah-susah kan!” Nukman Faris sudah geleng kepala.
“Saya tak nak buat hal sayang. Kalau kat tiket tu nama sayang, sayang dan abang lah kena pergi. Bukan orang lain. Mungkin dengan Rozaila nantilah. Bukan masanya sekarang!” jawabnya. Dadaku berdebar-debar. Memang benar dia masih menyimpan harapan nak kahwin dengan kekasihnya. Aku menjadi sedih pula.
“Ah, awak ni asyik nak ikut cakap orang tua awak! Saya tak naklah!” kataku macam nak merajuk. Nukman Faris sudah ketawa. Dia kelihatan riang dan ceria aje malam ini.
“Jangan bimbang, mungkin lama-lama mereka dah lupa nak belikan tiket untuk pergi honeymoon tu sayang!” katanya. Aku geleng. Aku tidak percaya kedua-dua ibu bapanya akan lupa akan hal itu.
“Tak mungkin mereka lupa Nukman!” kataku.
“Mungkin ya. Kita pegi aje. Nanti kita shopping dan jalan-jalan!” kata Nukman Faris lagi.
“Saya tak sampai hati nak hancurkan hati kekasih awak Nukman, kalau emak saya, saya takut Rozaila datang lagi ke rumah awak. Saya tahu awak dan Rozaila dah hidup macam suami isteri kan?” kataku yang masih mengingati kekasihnya Rozaila. Dia pegang tanganku lagi dan mengucupnya seperti biasa. Sepatutnya dia memarahiku kerana aku sudah cuba menyakiti hatinya. Aku hanya memerhatikannya.
“Jangan buruk sangka sayang. Buruk-buruk saya ni belum pernah lagi nak ganggu anak dara orang lain,” katanya. Aku cebik bibir. Memang aku tidak percaya.
“Kenapa bibir tu, nak minta kena kucup?” soalnya menakutkan aku. Aku tutup bibirku. Aku tahu bibirku ini sudah hilang sucinya.
“Gila! Awak ni gila!” kataku lagi. Dia sudah ketawa senang hati.
“Saya cakap yang benar, kasihan Rozaila!” kataku. Dia geleng-geleng kepalanya. Tanganku masih dipegang.
“Jangan sebut nama orang lain kalau kita berdua sayang,” aku buntangkan mata.
“Kenapa pula macam tu?” dia tersenyum manis kepadaku. Sekarang aku rasa hanya dialah kekasihku. Namun hakikatnya tidak.
“Sebab, momen-momen manis antara kita ini akan kekal di dalam ingatan kita nanti,” aku terpaku menghadapinya. Apakah aku tidak salah dengar? Kenapa pula dia hendak mencipta momen-momen manis denganku? Aduhai, aku tidak faham dengan kerenah suamiku ini.
“Nukman, saya rasa sudah tiba masanya kita hentikan keadaan begini. Saya takut terjadi sesuatu antara kita!” Kataku. Dia masih tersengih.
“Sayang, jangan risau. Selepas ini kita akan berjauhan dan sukar bertemu. Kalau awak rindu, jangan lupa kenang momen-momen indah yang sudah kita lakarkan,” katanya bermadah-madah pula. Aku tidak sangka lelaki ini romantik orangnya. Untunglah Rozaila mendapat kekasih yang romantik dan penyayang macam sepupuku ini.
“Saya tak nak ingat-ingat awak dah! Nanti saya jatuh cinta susah pula! siapa nak cintakan saya pula kalau awak dah kahwin dengan kekasih awak?” soalku. Dia memandang aku penuh belas kasihan. Dia masih mengusap-usap tanganku, jemariku dengan lembut dan aku mahu sahaja menangis.
“Itu kita kena buat cerita lain nanti. Apa yang kita lalui sekarang adalah sebuah perjalanan hidup kita. Kita hadapi dengan gembira. Kalau suatu hari ada sesuatu berlaku kepada kita, kita harus berani hadapinya sayang,” kata Nukman Faris seperti mahu memujuk aku lagi. Dia sudah banyak kali memujuk aku.
“Eh, apa sebenarnya maksud awak macam tu?” soalku tidak puas hati. Aku tidak mahu berlaku apa-apa terhadapku. Dia lelaki tidak apalah. Tetapi aku? Aku yang parah.
“Maksudnya, kalau sayang dah jatuh cinta kat abang, kita teruskan pernikahan ini walaupun abang dah kahwin dengan Rozy!” aku rasa hendak tercabut nyawaku. Dia sekarang ada hati pula hendak memadukan aku dengan kekasihnya.
Ohoh! Tidak! Tidak! Sakit hatiku! Aku bagaikan nak mati!
“Oh awak berniat hendak memadukan saya dengan kekasih awak?” soalku. Dia ketawa senang hati.
“Tak nak jatuh cinta dengan saya yang kacak ni?” soalnya. Aku semakin galak membuntangkan mata. Hairan dengan kenyataannya.
“Saya tak mahu awak jadi biawak hidup menanggung hidup saya Nukman! Cukuplah awak dah selamatkan saya dari fitnah orang kampung! Jangan nak harap kita saling jatuh cinta pula!” kataku memulangkan paku buah keras pula. dia tutup mulutku dengan tangan lebarnya. Aku sukar bernafas.
“Jangan cakap macam tu Tasya. Maafkan saya. Mungkin saya dah buat silap. Jangan lah cakap macam tu!” dia cuba angkat daguku agar aku memandang wajahnya. Aku keraskan mukaku. Aku sudah sebak. Dadaku sebu dengan rasa sedih. Kenapalah aku ditakdirkan hidup begini. Alangkah baik kalau aku teruskan sahaja hidup dalam fitnah orang kampung dahulu. Janganlah aku kahwin dengan lelaki ini. Kami tidak mencipta apa-apa perasaan. Redah sahajalah fitnah itu. lama-lama mulut orang kampung akan berhenti bercakap kalau mereka tahu aku tidak mengandung. Ah, menyesalnya aku.
“Sudahlah Nukman! Hari ni jangan halang saya! Saya nak tidur kat sofa aje. Awak tidur kat katil tu!” kataku yang sudah menangis. Nukman Faris memandang aku dengan wajah sayunya. Dia menyapu-nyapu mukanya. Mungkin dia juga berasa serba-salah dengan apa yang berlaku kepada kami.
“Sayangku Tasya, maafkan saya. Permintaan orang tua kita nampaknya merumitkan keadaan kita. Kita bertahan dululah. Jangan lah berfikiran apa-apa dulu. Biarkan sahaja waktu mengalir bagaikan air sungai mengalir tenang. Kita ikut aje permintaan mereka. Tak pe malam ni saya tidur kat bawah ni, kalau Tasya tak sudi nak tidur sekatil dengan saya.” Aku buntangkan mata. Bukan maksudku begitu.
“Tak! Tak! Jangan salah sangka! Awak tidur atas katil, saya kat bawah!” kataku.
“Tak pelah kalau awak tak sudi.” Katanya merajuk.
“Saya sudi, ok, tak pe kita tidur sekatil,” dia sudah tersenyum manis. Air mataku dikesatnya dengan tangannya.
“Terima kasih sayang. Jangan menangis lagi. Malam ini sepatutnya kita bahagia seperti mana kata orang tua kita. Jangan nak sedih-sedih, saya pun rasa serba salah kalau sayang selalu bersedih macam ni!” katanya. Aku sudah tersenyum. Patutlah Rozaila begitu mencintai Nukman Faris ini, dia memag lelaki yang prihatin dan penyayang.
“Ya lah, saya nak ke buang air kejap, maafkan saya.” Kataku yang tidak tahan dengan panahan mata tajam Nukman Faris itu. desahan nafasnya bagaikan masih terasa menampar-nampar pipiku. Kata-katanya bagaikan air menenangkan aku. Ah, aku tdak harus berlama-lama dengan lelaki ini. Aku kelak yang akan kecewa dengan cadangan ibu bapa kami yang tidak masuk akal ini. Ah, entahlah!

“Pergilah sayang, lepas ni kita tidur ya. Esok kita ada aktiviti lain lagi!” kata Nukman Faris pula. aku mengangguk. Sebenarnya wajahku sudah panas seperti terbakar dipanah terik matahari. Jadinya, aku harus cepat-cepat hentikan perasaan halus yang menjalar indah di hatiku ini. Kalau perasaan Nukman aku tak tahulah!